Pengaitan dengan al-Qaeda PENTTBOM

Para penyiasat dengan mudahnya dapat mengaitkan 19 orang itu kepada pertubuhan al Qaeda dengan mencapai fail-fail agensi perisikan mereka. Akhbar New York Times melaporkan pada 12 September bahawa pihak berkuasa juga mengaku mengenal pasti konco-konco di beberapa bandar yang turut membantu merancang dan melaksanakan serangan pada hari Selasa ini; para pegawai mengaku mengetahui siapa mereka serta butir-butir latar belakang penting tentang mereka dan menyediakan biografi untuk setiap ahli pasukan perampas yang dikenal pasti dan mulai menyusur kembali gerak-geri mereka yang paling terkini. Ejen-ejen FBI yang menyiasat kegiatan perampas di Florida mengikut jejak mereka di "sekolah penerbangan, kawasan perumahan dan restoran." Di sebuah sekolah penerbangan, para pelatih menceritakan kedatangan penyiasat beberapa jam selepas serangan tersebut.[9] Akhbar Washington Post kemudiannya melaporkan, beberapa jam selepas serangan berlaku, para penyiasat menggelintar fail mereka untuk [Satam] Al Suqami dan [Ahmed] Alghamdi, dan mendapati hubung kait mereka berdua dengan Nabil al-Marabh lalu mulai memburunya."[10]

Pada 27 September 2001, FBI mengeluarkan foto 19 perampas di samping maklumat tentang kemungkinan kewarganegaraan dan nama samaran mereka.[11]

Pada hari serangan itu, agensi-agensi perisikan AS turut memintas perhubungan yang menghala ke Osama bin Laden,[12] lantas menegaskan bahawa Osama bin Laden bertanggungjawab atas serangan itu sambil mengetepikan suspek-suspek lain. Walaupun menafikan pelibatannya itu pada mulanya, Osama bin Laden dikatakan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya dan sendiri atas serangan itu dalam sebuah rakaman pita video.[13]

Rujukan

WikiPedia: PENTTBOM http://www.newsday.com/news/nationworld/nation/ny-... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=980... http://www.time.com/time/world/article/0,8599,1904... http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A391... http://www.youtube.com/watch?v=KhctMpvszqQ&feature... http://www.9-11commission.gov/archive/hearing7/9-1... http://www.fbi.gov/pressrel/penttbom/penttbomb.htm http://www.fbi.gov/pressrel/pressrel01/092701hjpic... http://nucnews.net/nucnews/2001nn/0109nn/010921nn.... http://web.archive.org/20010914223046/www.fbi.gov/...